Halaman

Jumaat, 4 November 2011

Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri


·        Nawaitu belajar
- Belajar kerana Allah.Bila betul niatnya, anda akan dapat ganjaran pahala
·        Menetapkan matlamat
- Matlamat perlu jelas,khusus,boleh dicapai
·        Bersihkan hati
- buangkan sifat buruk.Sentiasa bersangka baik kepada orang lain apatah lagi kepada Allah
·        Bersungguh mahu
- Tanamkan kemahuan yang mendalam untuk mencapai cita-cita anda
·        Belajar dengan objektif yang jelas
- Setiap hari tetapkan objektif pembelajaran yg hendak dicapai
·        Hargai kemampuan anda
- Hargailah kemampuan yg telah dikurniakan kepada anda dengan cara menggunakannya seoptimum mungkin
·        Minta bantuan Allah
- Sentisa berdoa kepada Allah dan mohonlah petunjuk dari-Nya
·        Persaingan yang sihat
- Bersainglah secara sihat dengan raka anda untuk mencapai matlamat
·        Mengatasi halangan
- Sentiasa berfikiran positif terhadap apa jua masalah serta halangan yang mendatang
·        Sentiasa patuh suruhan agama
- Jika anda sentiasa patuh dengansuruhan agama, anada akan dapati hati anda sentiasa tenang dalam mencapai cita-cita anda
·        Sayang pada guru
-Tanamkan rasa sayang serta hormat kepada guru anda
·        Berkawan dengan rakan yang baik
- Carilah kawan yang sentiasa positif dan yang mendorong anda kea rah mencapai kejayaan
·        Membantu orang lain
- Bantulah rakan –rakan yang memerlukan bantuan anda
·        Hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri
- Hadiahkan diri anda sesuatu apabila anda memperolehi kejayaan
·        Elakkan kesilapan
-Jikalau dapat jangan sesekali buat silap,jika ada jangan ulangi kesilapan yang sama
·        Merancang waktu rehat
- Anda perlu berehat supaya tubuh menjadi segar dan kerja anda lebih berkualiti
·        Sentiasa berdoa dan tawakkal
-Berdoalah setiap hari.Doa dan usaha perlu digandingkan  setiap masa.Setelah berusaha dan berdoa,maka bertawakkallah kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan