Halaman

Khamis, 3 November 2011

Belajar Berkumpulan


STUDY GROUP


PENGENALAN :
-          Manusia hidup dalam kumpulan contohnya keluarga, pasukan, kumpulan, sekolah, jabatan, parti dll.
-          Kita memerlukan individu lain untuk hidup agar dapat bekerjasama, tolong-menolong, mendidik, membimbing dll.
-          Selain ibu bapa, keluarga dan guru-guru, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membantu mengulangkaji dan memahami pelajaran.
-          Kawan boleh menjadi pendorong, memberikan saingan dan menjadi ikutan dari segi sikap yang positif.
-          “Study Group” memainkan peranan penting dalam pencapaian dan  kejayaan seseorang pelajar.


KELEBIHAN BELAJAR SECARA KUMPULAN :
-          Rakan yang pandai boleh membantu kawan yang lemah bagi matapelajaran tertentu begitu juga sebaliknya.
-          Boleh menghasilkan pelbagai idea, hujah, cadangan dan penyelesaiaan masalah.
-          Saling menunjukkan persaingan ke arah sikap positif
-          Meningkatkan kesedaran, semangat dan motivasi


MEMBINA KUMPULAN :
-          Mulakan dengan kumpulan percubaan. Kalau serasi teruskan, jika tidak boleh bentuk kumpulan yang lain.
-          3-5 orang satu kumpulan supaya mudah di kawal
-          Lantik seorang ketua dan ahli perlu patuh kepada persetujuan bersama.
-          Sebaik-baiknya ada pakar dalam matapelajaran tertentu (Gabungan Pakar)

PRASYARAT DAN ETIKA KUMPULAN :
-          Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
-          One For All, All For One.
-          Saling bekerjasama dan hormat-menghormati
-          Menepati masa untuk perjumpaan.
-          Tidak menimbulkan isu-isu sensitive
-          Tidak KEDEKUT ilmu. Mementingkan kepentingan dan keuntungan bersama.


BAHAN PERBINCANGAN KUMPULAN :
-          Soalan-soalan latihan untuk kerja rumah.
-          Soalan-soalan bimbingan yang diperolehi melalui buku koleksi soalan, buku latihan, akhbar, majalah atau internet.
-          Soalan-soalan yang diberikan oleh guru.
-          Soalan-soalan lain yang dikaji oleh pelajar atau kumpulan lain.
-          Soalan Ramalan (untuk latihan sahaja)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan