Halaman

Jumaat, 4 November 2011

Senyum Satu Sedekah


  • Tahukah anda bagaimana mencipta ubat daripada senyum & ketawa?
  •  
  •  
  • Senyum merupakan satu sedekah, sekurang-kurangnya anda bersedekah untuk diri sendiri.Senyum merupakan satu aktiviti hidup.Senyum satu perlambangan pada banyak keadaan yang dilalui.
  • Senyum & ketawa merupakan satu bentuk jogging dalaman.Sekali anda senyum & ketawa, seluruh badan anda turut senyum & ketawa .Anda akan mendapat semangat baru, keceriaan & kegembiraan.
  • Senyuman meskipun pura-pura ia merangsang seluruh tubuh & mampu memberi manfaat kepada system saraf otak & hormone.
  • Senyum menggunakan 17 otot muka berbanding 43 apabila mengerutkan muka.Maka kerana itulah orang yang suka senyum kelihatan lebih muda berbanding usianya.Lebih daripada itu,
  • senyum menghasilkan endorphin dalam otak yang boleh mengurangkan rasa kesakitan fizikal.
  • Tidakkah anda tahu, ketawa 100 kali dalam masa 24 jam boleh mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit?
  • Senyuman mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan oksigen dalam darah & ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  • Senyuman yang diakhiri engan ketawa akan mengaktifkan kimia badan & secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,tekanan darah tinggi, strok, arthritis & ulser.
  • Ketawa mengurut organ dalaman abdomen & menguatkan otot abdomen , merangsang kedua-dua belah otak.
  • Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
  • Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas, pasti menarik.
  • Senyum tetap baik untuk sesiapa saja termasuk diri yang memberikan senyuman itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan