Halaman

Isnin, 7 November 2011

Teknik Mencari kerjaya yang sesuai berdasarkan kaedah astrologi




BINTANG


KERJAYA YANG SESUAI
PROFIL PEKERJAAN
Aries
(21 Mac –
19 Apr)
Posisi  memimpin,intelektual, kesungguhan & agresif di dalam komunikasi & mencipta pendapat umum.Bidang berkaitan adalah kewartawanan , pengiklanan penerbitan,ketenteraan,penguatkuasaan undang-undang & pembedahan
Sangat bagus sebagai penyelesai masalah.Mahu mengharungi berbagai cabaran baru & tidak suka duduk di pejabat.Mahu rasa dihormati & rasa diperlukan yang mana mereka akan memberikan hasil kerja yang konsisten & bekerja keras untuk membuktikan kemampuan mereka.Berikan mereka peluang untuk berdikari & memimpin.
Taurus
(20 Apr –
20 Mei)
Menguasai bidang berkaitan tanah, kesenian & kewangan.Bidang berkaitan adalah perbankan & kewangan, arkitek,kontraktor, broker hartanah, artif & kraf
Sangat setia ,bekerja keras,bersistematik & melakukan kerja sehingga habid walaupun mengambil masa yang lama & cermat di dalam kerjayanya.Bekerja di atas rutin,jadual yang tersusun.Tidak suka persekitaran yang berserabut @ rakan sekerja yang tidak mempedulikannya & tiada peningkatan karier.Mereka mahu meningkat dengan lebih kuasa, lebih pendapatan & lebih keistimewaan materialistic.Berikan mereka peluang meluahkan kreativiti secara praktikal & buatkan penilaian dengan lebih kerap untuk menghormati kesetiaan mereka.
Gemini
(21 Mei –
21 Jun)
Menguasai pentadbiran manusia.Bidang berkaitan adalah pentadbir pejabat,jurujual, setiausaha dan guru
Mempunyai minda yang cepat bergerak dan suka bercakap menyampaikan idea kepada orang lain.sangat bagus di dalam interaksi social.Sangat bagus di dalam memujuk dan rundingan sepertimana seorang jurujual @ orang tengah yang bagus.Namun perasaan & produktiviti kerja mereka adalah tidak konsisten  & tidak suka kerja rutin serta sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu kerja.
Cancer
( 22 Jun –
22 Julai)
Berminat dengan apa yang orang lain fikirkan jadi sangat bagus di dalam bidang kewartawanan , penulisan & ahli politik.Juga sangat bagus di dalam bidang keselesaan hidup seperti tukang masak & penyelenggaraan serta penjagaan diri
Bekerja dengan tekun dan rajin mencari rezeki.Motivasi mereka hanyalah kesejahteraan @ keselamatan kerja dan tidak perlu merebut jawatan tetapi memerlukan lebih imbuhan jika bekerja lebih lama.Kadangkala hilang mood kerja menyebabkan hasil kerja kurang dan ini boleh mempengaruhi orang sekelilingnya.Sangat berahsia dan melindungi sesuatu jadi elakkan sentiasa mencungkil sesuatu daripada mereka secara kasar @ mereka tidak akan memberitahu tentangnya selama-lamanya.
Leo
(23 Julai – 22 Ogos)
Posisi tertinggi di dalam sesuatu organisasi kerana mereka sentiasa berusaha menuju  ke arah  tahap teratas: seorang pemimpin , penyusunan strategi & ketua yang baik serta mahu menjadi perhatian.Kerjaya berkaitan kejuruteraan , pentadbiran , pemasaran,promosi, dunia seni, perundangan & perubatan
Mahu posisi tertinggi dan perhatian di pejabat.Jika anda tidak dapat memimpin, anda akan berusaha meningkatkan status .Anda pandai mempromosikan diri sehinggakan anda mahu beritahu semua orang kehebatan anda.Kadangkala kedegilan anda menyusahkan pengurusan.Di dalam krisis, keberanian anda terserlah.Anda mahu memimpin dan mahukan tanggungjawab dan imbuhan.Anda suka berada di tempat tertinggi melatih atau menasihati orang lain.
Virgo
(23 Ogos – 22 Sept)
Sesuai sebagai pembantu,pandai analisis & mahir di dalam dunia ketepatan, mereka lebih praktikal & mempunyai minda yang logical & kesenian yang tinggi.Kerjaya yang berkaitan adalah juruteknik,saintis,pengaturcara komputer,guru,perubatan,perundangan,penganalisis,penulisan & pengkaji
Suka bekerja keras untuk pastikan kerja disiapkan dengan sempurna.Namun suka risau atau mengkritik.Sangat berdikari dan cermat dalam kerja.Pastikan anda mempunyai suasana kerja yang bersih dan tersusun.
Libra
(23 Sept – 22 Okt)
Mahir menguruskan amanah orang, kreatif & berseni serta mendalami bidang kemanusiaan.Kerjaya berkaitan adalah pengawai kerajaan,peguam cara,artis,hiasan dalaman,hiburan & kedoktoran
Kemas dalam kerjaya dan berdedikasi namun sensitive.Kadangkala rakan sepejabat sukar mengawasinya.Tidak suka bunyi bising dan warna yang terang.Mudah berubah tanpa sebab.Bijak, mempunyai pemikiran yang dalam dan mahir mengimbangi semua aspek sebelum membuat sesuatu.Juga mahir dalam kerja kajian dan suka sebagai orang tengahyang menyelesaikan konflik.
Scorpio
(23 Okt – 21 Nov)
Mahir dalam tumpuan & penyelesaian misteri seperti seorang detektif serta mampu menyampaikan ucapan yang pedas.Kerjaya berkaitan adalah polis, psikologis,perundangan,saintis, detektif,penganalisis serta pengucap awam
Punyai keyakinan yang tinggi,berani,tegas,tidak bergangtung keapda orang lain,tidak buat alasan,penuh tanggungjawab,tidak kisah bercakap yang benar,tidak mahu dibangkang atau dimalukan.Mahu janji yang diberikan kepadanya ditunaikan sepenuhnya.
Sagittarus
(22 Nov – 21 Dis)
Berprinsip tinggi di dalam moral, prinsip & komunikasi .Kerjaya berkaitan guru,ahli falsafah,saintis ,perundangan,politik,perkhidmatan awam, pentadbiran sosial,perhubungan awam,& pengiklanan
Sangat teguh, ceria dan sanggup membantu.Keyakinan yang tinggi dan mampu menyiapkan kerja yang paling sukar.Namun lewat siapkan kerja kerana terlalu banyak tugasan yang diambil.Mahu memahami kaedah dan alas an di sebalik sesuatu tugasan.Berikan tugasan baru yang mencabar dan tawarkan hadiah melancong jika dapat siapkan tugasan dengan cepat serta elakkan bertanya niat mereka
Capricorn
(22 Dis – 19 Jan)
Mahu meguasai matematik dan kewangan serta mahir berdebat.Kerjaya berkaitan seperti ahli politik, guru, jurutera,kontraktor dan ahli muzik
Suka banyak tanggungjawab, bersungguh, mahu dibayar lebih dan ada tingkat kerjaya, sanggup terima banyak bebanan kerja dan tidak suka politik pejabat.
Aquarius
(20 Jan – 18 Feb)
Bagus di dalam kerja berpasukan tapi sebagai ketua ,bakat yang sentiasa terserlah dan mahir dalam pengurusan masa.Kerjaya berkaitan dengan pengkaji, saintis,fotografi,teknologi computer,elektronik,penerbangan,
industri muzik dan guru
Tidak suka ketidakadilan di tempat kerja dan mahukan orang atasan sentiasa ambil perhatian terhadapnya.Mahu membuat pelbagai kerja.Mempunyai etika kerja yang tinggi,jujur, bijak dan dipercayai oleh orang ramai.Ambil berat tentang orang bawahan.Berikan peluang untuk mempelajari banyak tugasan.
Pieces
(19 Feb – 20 Mac)
Bekerja bersendirian ,mengendalikan perihal kebajikan ,kreatif,amat rapat dengan elemen air dan mahir melakonkan watak dan memahami orang lain .Kerjaya berkaitan adalah kejururawatan,pelakon,
penguatkuasa undang-undang,dan tukang masak.
Setia dan bekerja keras kepada mana-mana majikan yang anda rasa boleh dipercayai.Namun anda sentiasa merasakan diri dipenjarakan, biasanya akan berpindah kerja mencari suasana yang ideal serta tempat yang anda boleh membuat kerja dan arah tujuan.Jika sesuatu masalah berlaku di tempat kerja,anda boleh merasakannya dahulu dan menunggu masalah itu berlalu .Selalu memendam rasa,anda juga memendam rasa yang sebenar,takut jika tidak menepati citarasa suasana tempat kerja .Majikan perlu memberi anda pujian .Anda mahu mengetahui apa yang anda lakukan memberi nilai yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan