Halaman

Jumaat, 4 November 2011

22 Makanan yang baik untuk minda


(1) MADU –Cara minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam
Pantang: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu

(2) KISMIS – Cara makan :Mengadap kiblat, baca ’bismillah’ dan selawat atas nabi (3 kali) , baca doa penerang hati, makan secara kemam, makan sebiji sebiji  sebanyak 21  biji setiap hari

(3) SUSU SEGAR – Cara minum : Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam, baca ’ bismillah’

(4) TELUR – Telur yang baik ialah telur ayam kampung yang masih baru

(5) HALIA – Boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula

(6) LIMAU OREN – Berkhasiat untuk mengemaskan urat jantung dan menambahkan kekuatan fikiran

(7) BUAH DELIMA – Untuk penerang hati

(8)DAGING BURUNG MERPATI – untuk meningkatkan kecerdasan

(9) OTAK AYAM – Boleh dibuat sup dicampur dengan halia

(10) DAGING AYAM – Daging ayam betina berkhasiat untuk meningkatkan prestasi otak  dan membaiki darah

(11) DAGING BIRI-BIRI – Menambah darah, dapat meningkatkan kekuatan hafazan

(12) HATI – Terutama hati ayam dan lembu

(13) KEKACANG – Beberapa jenis kekacang seperti gajus,berangan,kacang soya

(14) BUAH BADAM – Untuk meningkatkan kecerdasan

(15) ZA’FARAN:KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) – Sejenis bahan berambu , dimakan sedikit sahaja.

(16) KEMEYAM PUTIH – Ditumbuk halus dan dimakan dengan gula

(17) BUNGA KOBIS – Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental

(18) BUNGA CENGKIH – Ditumbuk halus & dimakan sedikit

(19) LABU – Menambah keupayaan fikiran

(20) BUAH KEDEKAI(MAJALAWI) – Menguatkan hafalan & tubuh badan

(21) MINYAK SAPI – Dimakan terus atau dicampur dalam masakan

(22) SAYURAN & BUAHAN SEGAR – Membantu meningkatkan akal & memori

Tiada ulasan:

Catat Ulasan