Halaman

Jumaat, 4 November 2011

Petua kuatkan daya ingatan


·        Untuk menguatkan daya ingatan , dengan rahmat Allah SWT kita dikurniakan  dengan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Di antara  jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan ialah :

1) Halia                                    8) Buah epal
2) Buah anggur hitam                               9) Ikan tuna
3) Jus lobak merah & madu                       10) Air zamzam
4) Buah badam                         11) Kismis
5) Air soya                                      12) Buah kurma
6) Madu lebah                                  13) Tempe
7) Susu

·        Amalan berpuasa juga baik kerana puasa boleh menajamkan  minda.Di samping itu, latih diri berzikir seperti berikut:
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100 kali selepas solat fardu
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300 kali setiap hari

·        Oksigen juga penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas.Satu teknik pengawalan pernafasan yang amat baik diamalkan ialah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan.Kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan.Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

·        Cara-cara yang dinyatakan hanyalah sebahagian kecil cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan dan otak.Paling penting ialah kita perlu ingat kepada Allah SWT selalu.Daya ingatan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa pada-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan