Halaman

Khamis, 3 November 2011

Cara Menangani Marah


Cara menangani marah

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Dr Shengal
>:(

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal.
Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri.
Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau bengkok hati?alamak..) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.
Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi orang yang bijak mengawal emosi.
Cemana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .
Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda, tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik dan luar biasa hebat.
Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.
Lebih banyak fikiran Anda “layan” rasa tertekan, lebih teruk ia akan jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.
Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan, tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?
Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu, Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.
Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.
Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara paling baik.
Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana-mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.
Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang, katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.
Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow-slow dan jangan buat apa-apa.
Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas masalah yang menimpa.
Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.
Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.
Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.
Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan..”
“Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu”
Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?
Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang, lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.
Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang setiap masa.
Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari pemikiran negatif. Be in control.
Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan emosi gembira dan energetik.
Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.
Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga.
Relaks.
Lastly, Be cool.
See? kan lebih senang camtu?
artikel dari www.imotivasi.com
Betulkah sabar boleh membuat kita mampu mengawal emosi?

Jawapannya YA, terutama saat berdepan marah, tekanan dan kegusaran. Bagaimana sabar dapat mengawal emosi, misalnya rasa nak marah? Ini beberapa penjelasan dari sudut aspek teknikalnya.

Marah adalah sikap yang cuba dikawal oleh ramai orang, tapi masih gagal. Dengan sentiasa penyabar, Anda boleh menahan marah dari meluap keluar. Anda akan bersabar kerana Anda sedar, marah hanya akan memburukkan keadaan lalu menampakkan yang Anda orang kurang berpendirian.

Maknanya, harga diri Anda rendah, jadi Anda tidak layak untuk dihormati hanya kerana Anda orang mudah naik marah. Bila Anda tahu ni, sudah tentu Anda menahan marah sebab Anda tak nak orang tak hormat Anda. Lama-kelamaan, Anda mampu mengawal rasa nak marah, sebab sudah tahu kesannya apa.

Sabar membuat Anda tahan berdepan dugaan getir, misalnya saat dihimpit masalah kewangan yang teruk, ditinggalkan kekasih atau ketika ditipu. Jika Anda tak sabar, sudah tentu Anda akan bertindak sembarangan, lalu menampakkan kebodohan Anda hanya kerana tidak mengawal emosi.

Kesannya, Anda sendiri yang akan merana berpanjangan sebab Anda merosakkan diri sendiri. Contoh terbaik, menghempas barang, menumbuk dinding, paling ekstreme, membunuh diri. Bukankah itu semua merosakkan diri sendiri hanya kerana nak melepas tekanan dari masalah?

Bagaimana pula nak membina sikap sabar? Paling cepat dan paling berkesan, jaga kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang menjauhkan Anda daripada sikap-sikap buruk, membentuk Anda menjadi orang penyabar. Lihat saja orang-orang yang menjaga kekhusyukan sembahyang, mereka adalah orang-orang penyabar.

Cara lain, sabar boleh dibina dengan bertenang. Cool sepanjang masa, usah cepat melatah, elak bertindak melulu ketika terasa nak marah. Cara satu lagi, amalkan releksasi khususnya kawalan pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, lepas perlahan-lahan.

Tutup mata, kosongkan fikiran, tenangkan minda dalam 3-5 minit, dua kali sehari. Lakukan berkali-kali setiap hari, sepanjang masa untuk mengawal marah. Bila berjaya mengawal marah, maknanya Anda dah boleh mengawal emosi Anda sendiri, bermula dari sikap sabar.

Suasana emosi adalah bergantung kepada "mood" yang dicipta oleh minda separa sedar secara automatis akibat respon dari peristiwa yang dialami oleh 5 pancaindera anda.

Misalnya anda kecewa tidak memperolehi sesuatu atau sesuatu yang buruk atau anda tidak suka terjadi pada diri anda. Emosi yang negatif ini sebenarnya adalah berbentuk tenaga getaran yang menghasilkan gelombang seterusnya akan dipancarkan pada sistem kimiawi badan anda(BIOCHEMICAL). "Biokimia sedih" akan memenuhi sel-sel darah anda seterusnya akan ditafsirkan atau diinterpretasikan oleh minda separa sedar. Ingat kuasa minda separa sedar adalah 90% kali ganda berbanding 10% dari minda sedar yang kita sering kita guna.Hasilnya anda berasa tidak selesa dan anda akan berkata mood anda tidak baik.

Emosi anda sebenarnya berkomunikasi dengan gambaran minda yang terpancar pada skrin otak dan akan dimainkan secara berulang-ulang secara automatis dan anda tidak dapat mengawalnya.Gambaran ini akan berputar dengan sendirinya kadang-kadang sehingga berbulan-bulan lamanya. Kesanya berlakulah kemurungan yang melampau.

Bagaimana cara untuk mengatasinya? TERIMA DENGAN REDHA HATI

BERIMAN DENGAN QADA DAN QADHA ALLAH kerana apa sahaja yang berlaku buruk dan baik adalah datang dari ALLAH. SEMUANYA ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.
Seterusnya TANAMKAN SIFAT SABAR.

Dari segi teknik mengawal emosi pula ialah dengan melakukan meditasi untuk menghancurkan gambaran negatif seterusnya memasukkan gambaran positif yang berupakan harapan kita pada masa akan datang tetapi nikmatnya kita telah 'merasakan ' sekarang.

Kaedah ini bermula dengan azam dan tekad anda untuk melakukannya.

Cara tempat yang tenang . Mulakan dengan pernafasan teratur. Kedua-dua ibu jari memicit jari penunjuk sambil luruskan 3 jari lain di kedua belah tangan.Sedut nafas dalam kiraan 6 dan tahan 3 serta hembus nafas kiraan 6. Sambil itu katakan pada diri anda Aku tenang dan semakin tenang. aku selesa dan semakin selesa atau apa sahaja supaya minda anda dapat berehat. Lakukan berulang kali sehingga anda berasa amat tenang dan tenteram.

Dalam situasi ini anda berada di dalam gelombang alpha (SANTAI) dan anda berupaya untuk mengawal minda separa sedar anda secara paling maksimum.

Arahkan minda anda untuk mengambarkan sesuatu yang anda tidak suka. Jelaskan gambaran tersebut. Dengarkan suara dalaman anda dan rasakan perasaan emosi tersebut.

Katakan dengan izin Allah aku redha apa sahaja ketentuan Allah. Apa yang berlaku pada diriku adalah dari kasih sayang Allah yang tidak terhingga dan aku terima sepenuh hati dan aku redha lepaskan gambaran ini pergi jauh dengan izin Allah. Anda akan lihat gambaran tersebut pergi jauh meninggalkan anda sehingga gambaran itu berupa titik kecil dan hilang kembali pada PENCIPTANYA.

Sekarang inilah masanya anda wujudkan gambaran harapan baru yang anda inginkan terjadi pada diri anda. Bermula dengan satu gambaran titik kecil dan semakin membesar menghampiri anda dari Sang Pencipta. Anda dapat lihat kegembiraan anda. Anda dapat dengar kegembiraan anda dan anda dapat rasakan emosi positif tersebut sehinggakan anda benar-benar rasa ingin memanjatkan kesyukuran pada PENCIPTA. Satu gelombang tenaga positif akan memenuhi setiap sela darah anda . Anda akan merasakan satu kehebatan dan keajaiban yang amat sangat.

InsyaAllah anda telah pun melakukan satu HUKUM TARIKAN. DAN ANDA BERHAK UNTUK MENDAPAT APA YANG ANDA IMPIKAN JIKA ITU ADALAH YANG TERBAIK untuk anda menurut ketentuan ALLAH. ULANGKAN SEBERAPA KERAP SEHINGGA ANDA BENAR-BENAR MEMILIKINYA NANTI.

January 19, 2010 by Nurdiana
Kemarahan tidak berlaku tanpa sebab. Ia adalah transformasi perasaan misalnya kecewa dan putus asa yang akhirnya boleh melarat kepada perasaan marah.
ADA masanya kita tidak sedar apa puncanya kita marah-marah. Mungkin disebabkan perasaan cemburu atau kecil hati. Atau persekitaran yang memberi kita tekanan sehingga menimbulkan perasaan marah.
Bayangkan juga jika anda terpaksa berdepan individu yang sering marah-marah apatah lagi jika tidak diketahui apa puncanya. Apabila sudah marah, ada saja yang tidak kena. Lebih parah lagi orang yang dibelenggu perasaan marah sering tidak mampu mengawal diri lantas bertindak di luar kewarasan fikiran. Dua insiden mengejutkan Ahad lalu tidak mustahil ada kaitannya dengan perasaan marah yang tidak dapat dibendung lagi.
Di Nibong Tebal, Pulau Pinang, seorang ibu sanggup membakar diri kerana kecewa dengan kedegilan anaknya. Sementara itu, di Kuala Lumpur, seorang lelaki Indonesia dibunuh kerana bercinta dengan isteri orang.
Menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, untuk memahami kemarahan, seseorang perlu memahami psikologi.
Kemarahan tidak berlaku tanpa tiada sebab. Ia seperti satu transformasi yang berubah disebabkan sesuatu. Misalnya, kecewa dan putus asa boleh melarat kepada perasaan marah.
“Lebih mudah, marah terjadi kerana ada sesuatu bertindak sebagai pencetus. Jika seseorang berfikiran negatif, maka dia tidak boleh menguruskan kemarahan tersebut dengan baik. Misalnya, dalam kes Roslina Rosli, 33 yang membakar dirinya, mungkin dia berasa kecewa, merajuk, diketepikan dan tidak dihormati oleh anaknya. Justeru itu, dia seharusnya mengawal kemarahannya pada peringkat awal,” jelasnya.
Tambah Dr. Haslee, mungkin wanita tersebut juga tertekan kerana tidak dibantu oleh suaminya dalam menangani emosi marah. Dalam kata lain, perasaan wanita tersebut tidak diurus dengan baik. Lazimnya, seorang wanita akan berasa lebih tenang jika emosinya mendapat sokongan orang tersayang.
Sementara itu, marah terdiri daripada dua jenis iaitu marah yang terkawal dan tidak boleh dikawal.
“Seseorang yang mengalami kemarahan tidak terkawal boleh mengamuk dan bertindak tidak rasional. Individu seperti ini ialah orang yang berfikiran negatif.
“Manakala mereka yang boleh mengawal kemarahan mempunyai minda yang boleh berfungsi dan berfikir untuk memperbaiki keadaan dan bukan memburukkan situasi,” ujarnya.
Untuk mengawal kemarahan, seseorang perlu ada kesedaran. Jika mereka sedar, kita ada kesempatan memperbaiki keadaan dan diri. Jika kita tangani peristiwa itu secara positif, seseorang boleh berada dalam keadaan gembira dan reda.
“Tafsiran sesuatu peristiwa mempengaruhi fikiran dan jika positif, kita dapat membuat pilihan mengawal dengan baik. Dalam kes yang lepas, mangsa sebenarnya perlu dibantu jika perbuatannya itu menyusahkan orang lain. Dia perlu mendapatkan rawatan. Realitinya, peristiwa itu menyebabkan dia melepaskan kemarahan dan tekanan dengan cara yang salah,” jelas beliau.
Pendekatan RMS
Justeru itu, Dr. Haslee telah menghasilkan pendekatan RMS untuk membantu meningkatkan kesihatan psikologi. Kaedah ini lebih praktikal diguna dalam kaunseling.
“RMS merupakan singkatan untuk Reda, Maaf dan Syukur. Reda ialah menerima takdir dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jiwa akan tenang. Selain itu, setiap orang perlu ada sifat pemaaf kerana kita tidak akan menyimpan setiap kemarahan di dalam hati. Kita akan melepaskan perasaan itu dan membiarkannya pergi. Jika kita tidak memaafkan orang lain, kita akan sakit hati dan bersikap keras hati. Justeru itu, perasaan bengang akan timbul dan menganggu cara berinteraksi dengan orang lain,” jelasnya. Sementara itu, seseorang juga perlu ada perasaan syukur. Apabila seseorang bersyukur, ia bermaksud dia sentiasa berterima kasih setiap apa yang dimilikinya. Namun, Dr. Haslee memberitahu, ramai yang tidak bersyukur dengan kelebihan dan memperbesar-besarkan kekurangan. Jika ini berlaku, maka banyak benda negatif akan berlaku.
Dalam konteks ibu dan anak, si ibu perlu menerima kekurangan anak dan bersyukur dengan kekurangannya. Tiada siapa yang membantu diri sendiri melainkan fikiran kita menjadi positif. Si anak juga perlu mengamalkan sistem RMS iaitu reda, bersedia memaafkan diri sendiri dan orang lain serta bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling.
Persoalan mengawal kemarahan ini datang daripada diri sendiri. ia boleh menghasilkan emosi matang dan emosi tidak matang.
“Contohnya di pejabat, jika ada berlaku kesilapan dalam kerja, seorang ketua yang mempunyai emosi matang akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Jika ketua tidak mempunyai emosi yang matang, dia akan melenting untuk melepaskan kemarahannya. Ini bermakna, dia belum berjaya mengatasi kemarahannya,” katanya.
Dalam pada itu kemarahan yang berpanjangan boleh memudaratkan diri dan orang lain. Hakikatnya, kemarahan ini tidak memberi sebarang faedah. Tetapi orang yang memendam perasaan juga boleh memakan diri. Jika dia tidak berjaya mengurus kemarahan, dia akan melepas dengan cara yang salah.
Pengurusan kemarahan
Dengan itu, setiap individu perlu bijak mengurus kemarahan. Pengurusan kemarahan adalah teknik mengurangkan emosi marah dan reaksi fisiologi yang timbul apabila marah. Kita tidak mungkin menghapuskan kemarahan sepenuhnya, tapi kita boleh mengurangkannya dan belajar menanganinya.
“Kita mempunyai cara yang mudah iaitu kaedah 5W1H iaitu apa, di mana, siapa, bila, mengapa dan bagaimana. Jika setiap individu mempunyai jawapannya, maka dia akan tahu punca kemarahannya. Walaupun nampak remeh, ia dapat membantu menjawab pertanyaan kepada kita marah. Misalnya, jika si ibu tadi dapat menjawab persoalan-persoalan ini, dia mungkin dapat mengurus kemarahan dengan betul,” katanya.
Jika individu sanggup membunuh kerana cemburu, ini bermakna perasaan ini memang tidak dapat dikawal. Tekanan perasaan seperti kesempitan duit dan cemburu merupakan punca-punca lazim kepada sifat marah. Ia secara tidak langsung menganggu kawalan emosi. Dr. Haslee menambah, meningkatnya tekanan akan menyukarkan kita mengawal perasaan.
“Penjagaan diri juga penting untuk mengawal emosi. Ia dapat mengawal kesihatan fizikal dan emosi. Jika kita tersilap makan, kita ada simptom tetapi sakit perasaan, seseorang itu hanya makan hati,” ujarnya.
Mengulas tentang perhubungan suami dan isteri, Dr. Haslee memberitahu, suami sebagai ketua keluarga perlu tahu keadaan keluarga sama ada berlaku kekurangan dan perubahan.
” Paling mudah, kita mengikut cara Nabi Muhammad S.AW. Rasulullah berjaya mengawal kemarahan kerana mungkin baginda sentiasa bersyukur. Perkara inilah yang perlu dilakukan setiap umat Islam,” jelasnya.
Sumber : Utusan Malaysia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan