Halaman

Khamis, 3 November 2011

Pengenalan PRS


Siapakah Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)?

*      Zuraidah (1987 ), PRS adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan orang lain.


Falsafah PRS

*      Bantu diri untuk membantu orang lain. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.



Prinsip PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.


Etika PRS

     Amanah dan menyimpan rahsia
     Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
     Memahami batasan dan keupayaan diri
     Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
     Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan atau orang lain.
     Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
     Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.



Peranan PRS

1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain



Perkara  yang BOLEH dilakukan oleh seorang PRS

a.       Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin  dan  percaya diri, berasa selesa, dan berempati.
b.  Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
c.       Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa altenatif sebelum membuat keputusan.
d.   Memberi sokongan dan galakan untuk rakan  mengambil langkah positif.
e.   Mematuhi etika kerahsiaan.
f.    Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi
g.  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi
     masalah biasa/normal.
h.  Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif
     dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri
     supaya ia belajar melalui pengalamannya
i.   Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan
     kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan
     yang bermasalah untuk bertemu dengan guru
     bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif
j.   Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi
     rakan lain supaya melibatkan diri.
k.  Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami
     batasan diri untuk membantu


Perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh PRS

  1. Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan
  2. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
  3. Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti.
  4. Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
  5. Membuka rahsia rakan.
  6. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
  7. Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis dan atau masalah emosi yang mendalam.
  8. Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
  9. Mengendali masalah rakan yang runcing  sehingga menganggu ketenteraman jiwa.
  10. Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
  11. Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.





Sifat-Sifat Seorang PRS


CUT APPLE A
C
CARING
PENYAYANG
U
UNDERSTANDING
MEMAHAMI
T
TRUSTING
BOLEH DIPERCAYAI
A
ACCEPTING
MENERIMA
P
PATIENCE
SABAR
P
POSITIVE
BERFIKIRAN POSITIF
L
LISTENING
MENDENGAR
E
EMPATHY
EMPATI
A
ASSERTIVE
TEGAS DIRI









Tiada ulasan:

Catat Ulasan