Halaman

Khamis, 3 November 2011

Modul Latihan PRS Unit 1






TAJUK:   KESEDARAN KENDIRI 

Pengenalan


Merupakan satu pendekatan dalam Bimbingan Dan Kaunseling yang boleh digunakan oleh Guru Bimbingan untuk melatih Pembimbing Rakan Sebaya.Kesedaran kendiri ini memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang positif.Keyakinan diri,nilai-nilai diri ,perkembangan yang positif  dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab.

Pengertian


Kesedaran Kendiri membawa maksud menyedari sifat-sifat yang ada pada diri sendiri iaitu positif dan negatif.Sifat positif merupakan potensi yang ada pada diri individu yang perlu diperkembang dan perteguhkan untuk membolehkan seseorang individu itu berfungsi dengan produktif dan berkesan.Sifat negati merupakan kelemahan diri yang harus dikenalpasti dan berusaha untuk mengatasinya.

Seseorang PRS berfungsi sebagai (Pembimbing Rakan) untuk mengenalpasti sifat positif dan negatif yang ada pada dirinya.Tahap kesedaran kendiri yang tinggi atau yang mendalam membolehkan seseorang itu sentiasa menilai dirinya dan berusaha untuk mempertingkatkan potensi yang ada ke arah kepimpinan yang lebih berkesan.

Rasional


Setiap individu mengalami perkembangan sahsiah pada tahap-tahap tertentu dari segi tabii,pengalaman dan pembelajaran.Dengan itu amatlah mustahak kesedaran kendiri itu dicungkil,dikembangkan dan diperteguhkan suapaya terbentuk sahsiah yang positif dan sifat untuk membolehkan individu berkenaan berfungsi dengan lebih berkesan.

Objektif


Antara objektif yang hendak dicapai ialah:

  1. Menahami kekuatan dan kelemahan diri.
  2. Memahami nilai diri sendiri dan orang lain.
  3. Membina kepercayaan pada diri sendiri dan orang lain.
  4. Memberi maklum balas  yang menolong.
  5. Membuat pendedahan kendiri yang sesuai.
  6. Mengenalpasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan.


AKTIVITI 1

MARI BERKENALAN

Aktiviti            :           Rantai Nama

Masa                :           15 minit

Alat                 :           Tiada

Objektif           :           1.         Untuk mengetahui dan mengingatkan nam rakan-rakan
 peserta di dalam kelompok.
                       
2.                  Untuk berkenalan di antara satu sama lain.

Langkah:

1          :           Peserta –peserta dan fasilitator duduk di kerusi dalam susunan bentuk
 bulatan.

2.         :           Fasilitator memulakan dengan mengenalkan namanya seta nama panggilan
(yang ingin digunakan dalam kelompok).

3.         :           Peserta pertama di sebelah kanan fasilitator memperkanalkan nama nama
fasilitator dan namanya.

4.         :           Begitulah juga peserta yang kedua memperkenalkan nama fasilitator ,
peserta pertama dan dirinya.

5          :           Aktiviti begini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua peserta
diperkenalkan.

6          :           Fasilitator berbincang dengan peserta-peserta apakah pengajaran yang
mereka terima melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti:

v  Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat.
v  Kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan sebutan nama.
v  Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu jangka waktu yang singkat.

 



 

 

AKTIVITI 2

 

BERKONGSI PENGALAMAN DAN HARAPAN


Aktiviti            :           Duniaku

Masa                ;           120 minit

Alat                 :           Pen/pensil, kertas lukisan/ kertas manjung

Objektif           :           1.         Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan –
kendiri dengan lebih terbuka dan mendalam.
                                   
2.                  Melatih peserta-peserta supaya melakukan pendedahan kendiri yang sesuai pada masa dan individu tertentu.

3.                  Memperkenalkan etika yang asas yang harus dipegang dan dijadikan panduan oleh PRS.


Langkah:

1.                  Fasilitator memberikan sehelai kertas lukisan/kertas manjung kepada setiap peserta.

2.                  Fasilitator mengarahkan peserta melukis lambang diri di atas kertas lukisan mengikut langkah berikut:
a.       lukis satu bulatan besar pada kertas manjung/kertas lukisan masing-masing

b.      bahagikan bulatan itu kepada tiga bahagian dan nombor bahagian 1,2 dan 3.

c.       Bahagian 1 :
Lukis satu simbol yang melambangkan pengalaman diri anda masa lampau.

Bahagian 2 :
Lukis satu simbol yang melambangkan diri pada masa sekarang.

 Bahagian 3
Lukis satu simbol yang boleh melambangkan diri pada masa akan datang.

3.                  Setiap peserta secara bergilir-gilir diminta menjelaskan kepada peserta-peserta lain maksud simbol yang dilukisnya itu.

4.                  Semasa penjelasan pembentangan itu  dibuat, peserta-peserta lain digalakkan bertanya dan berkongsi pengalaman.

5.                  Proses ini diteruskan hingga kepada peserta lain.

6.                  Fasilitator membimbing peserta berbincang tentang pengajaran yang mereka terima melalui aktiviti ini iaitu:
v  Ada orang tidak mahu menceritakan tentang dirinya secara langsung tetapi melalui simbol dia lebih selesa dan terbuka untuk mendedahkan dirinya.
v  Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ioni dapat mewujudkan perhubungan yang lebih mesra.
v  Melalui pendedahan pengalaman-kendiri dapat menggalakkan peserta bercakap.

7.                  Fasilitator mengaitkan peranan PRS dalm menbina perhubungan mesra dengan perkongsian maklumat diri yang sesuai dan menyimpan maklumat diri kawan yang sulit.


     

AKTIVITI 3


PENEROKAAN KENDIRI

Aktiviti 3.1      :           Cermin Diri

Masa                :           60 minit

Alat                 :           Kertas pendua, pensil/pen

Objektif           :          1.         Supaya peserta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
diri sendiri.
                                   
2.                  Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.

Langkah :

1.                  Fasilitator meminta peserta duduk dalam satu bulatan.

2.                  Fasilitator mengedarkan kertas pendua kepada peserta dan meminta peserta melipat dua kertas tersebut.

3.                  Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat-sifat positif yang ada pada dirinya diruang sebelah kiri kertas.

4.                  Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaan.

5.                  Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat
positif paling utama pada tiap-tiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.

6.                  Fasilitator membawa fokus perbincangan kepada:
v  Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .
v  Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.


AKTIVITI 4

                                 KEYAKINAN DIRI

Aktiviti            :           Si Buta Sayang

Masa                :           40 minit

Alat                 :           Kain penutup mata (bagi setiap peserta)

Objektif           :           Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan
seseorang itu mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.
Langkah:

1.                  Peserta diminta memilih pasangan masing-masing dan menamakan diri A dan B.

2.                  Peserta diberi sehelai kain penutuip mata dan A menjadi si buta dengan mengikat
kain itu menutup matanya.

3.                  Peserta B tidak menutup mata dan menjadi pemandu.

4.                  Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada si buta sambil berjalan( seelok-eloknya dikawasan perkarangan sekolah) Si buta dikehendaki mematuhi arahan rakannya

5.                  Peserta diminta bertukar peranan .

6.                  Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan.
v   Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.
v  Apakah perasaan mereka pada masa menjadi si buta dan pemandu.
v  Mengapakah mereka memberi reaksi-reaksi tertentu dalam aktiviti ini.

Pengajaran yang boleh diingati ialah :
v  Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita / matlamat.
v  Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan.
v Bila seseorang telah percaya kepada kita, dia akan berasa selesa.Begitulah juga jika rakan-rakan percaya kepada PRS. Mereka akan lebih rela berkongsi perasaan.PRS harus menghormati kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan