Halaman

Khamis, 3 November 2011

Modul Latihan PRS Unit 2


TAJUK :   ASAS KOMUNIKASI

Pengenalan


Asas komunikasi ini memberi kefahaman kepada peserta-peserta mengenai maksud komunikasi.Penekanan  adalah terhadap cara-cara memahami aspek-aspek yang sesuai dalam perhubungan individu bagi mewujudkan perasaan saling memahami dan saling menerima.

Matlamat


  1. Melahirkan sekumpulan PRS yang terlatih yang boleh berkomunikasi dengan berkesan.
  2. Melahirkan sekumoulan PRS terlatih yang sentiasa membaiki cara-cara berkomunikasi dalam kehidupan harian.

Objektif


1.Dapat menguasai kemahiran asas komunikasi yang berkesan denga rakan sebaya dalam  
   perhubungan seharian.

2. Berupaya berinteraksi dengan baik agar dapat diterima oleh rakan sebaya sebagai
    pembimbing yang berkesan.

3. Menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui tingkahlaku bukan lisan.

4. Dapat memberi respon yang sesuai dan menghormati perasaan rakan.

















ASAS KOMUNIKASI

AKTIVITI 1

Aktiviti             :         Cuba teka

Masa                 :         40 minit

Alat                   :         Mesej di dalam sampul( satu kumpulan satu sampul)

Objektif            :         Untuk menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui
tingkahlaku bukan lisan .



Langkah:

  1. Peserta diminta berada di dalam kumpulan bersama fasilitator.

  1. Seorang pelajar secara sukarela mengambil dan membuka sampul yang
berisi mesej untuk dibaca dan menyampaikan mesej tersebut secara
bukan lisan.

  1. Fasilitator akan bertanya kepada setiap peserta tentang apakah maksud
mesej yang disampaikan.

  1. Ahli kumpulan akan cuba meneka.

  1. Fasilitator akan meminta peserta yang melakonkan mesej membacakan
mesej secara lisan.  

  1. Aktiviti diulangi dengan mesej-mesej yang lain.

  1. Fasilitator  dan ahli akan merumuskan falsafah dan objektif  aktiviti.













AKTIVITI 2

Aktiviti            :           Komunikasi Sehala dan Dua Hala

Masa                :           1 jam

Alat                 :           2 helai kertas kosong bagi tiap-tiap peserta, pensil lukisan
contoh.(gambarajah 1)

Objektif           :           Selepas aktiviti ini peserta-peserta akan :
1.                  Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala.

2.                  Menyedari konsep kepentingan komunikasi dua hala.

3.                  Menyedari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang betul dan gerak geri yang sejajar.

4.                  Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses komunikasi.

Langkah :

1.                  Semua peserta duduk dalam bulatan, setiap peserta diberi 2 helai kertas kosong.

2.                  Fasilitator memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.

a.       Lukis satu bulatan

b.      Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil.

c.       Di atas bulatan lukis bentuk segi empat tepat

d.      Di kiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan satu bulatan di hujung.

e.       Di bawah bulatan tadi, lukis satu empat segi bujur .

f.       Di bawah empat segi bujur, lukis 2 garis panjang ke bawah selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.

3.                  Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama 
tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya.

4.                  Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka di lantai di hadapan masing-masing.

5.                  Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh. Mereka digalakkan memberi maklum balas berkenaan perbezaan perasaan mereka sewaktu melukis kali pertama dan kali kedua.

6.                  Fasilitator menggalakkan peserta berbincang tentang aktiviti tadi dengan memberi fokus kepada:
v  Kesukaran berkomunikasi sehala – menerima arahan tanpa diberi kesempatan menyoal boleh menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif di kalangan individu.
v  Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat, mengikut tafsiran sendiri.
v  Pentingnya mendengar arahan dengan teliti dan memberi respon yang menggalakkan komunikasi.

       7.        Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS sebagai seorang pendengar dan pemberi respon yang menggalakkan, pada masa berinteraksi dan berbual dengan rakan, terutama dengan mereka yang sedang menghadapi kebimbangan.





























 




























                                         Gambarajah 1



AKTIVITI 3



Aktiviti              :        Sebarkan senyum dan salam

Masa                 :         Ketika aktiviti outreach/lawatan(ke rumah orang tua/anak yatim)
                                    (pemerhatian dibuat selama ½ -1 jam oleh ahli)

Alat                   :         Tiada

Objektif              :       Pelajar dapat melihat kesan senyuman dan salam yang dimulakan
apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali
.


Langkah:

  1. Apabila tiba ke destinasi yang ditetapkan,pelajar akan dibawa ke dewan untuk
dipertemukan dengan kelompok sasaran yang dilawati.

  1. Beberapa kumpulan ahli ini memulakan perhubungan dengan melemparkan
a-senyum saja
b- salam tanpa senyum
c-salam dan senyum

  1. Cuba rasakan apa kesan yang diperolehi dengan menyebarkan 2(a).(b) dan (c)

  1. Apabila balik semula ke lokasi kursus dapatkan maklumat tentang kesan
yang diperolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan