“STUDY GROUP”
PENGENALAN :
- Manusia hidup dalam kumpulan contohnya keluarga, pasukan, kumpulan, sekolah, jabatan, parti dll.
- Kita memerlukan individu lain untuk hidup agar dapat bekerjasama, tolong-menolong, mendidik, membimbing dll.
- Selain ibu bapa, keluarga dan guru-guru, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membantu mengulangkaji dan memahami pelajaran.
- Kawan boleh menjadi pendorong, memberikan saingan dan menjadi ikutan dari segi sikap yang positif.
- “Study Group” memainkan peranan penting dalam pencapaian dan kejayaan seseorang pelajar.
KELEBIHAN BELAJAR SECARA KUMPULAN :
- Rakan yang pandai boleh membantu kawan yang lemah bagi matapelajaran tertentu begitu juga sebaliknya.
- Boleh menghasilkan pelbagai idea, hujah, cadangan dan penyelesaiaan masalah.
- Saling menunjukkan persaingan ke arah sikap positif
- Meningkatkan kesedaran, semangat dan motivasi
MEMBINA KUMPULAN :
- Mulakan dengan kumpulan percubaan. Kalau serasi teruskan, jika tidak boleh bentuk kumpulan yang lain.
- 3-5 orang satu kumpulan supaya mudah di kawal
- Lantik seorang ketua dan ahli perlu patuh kepada persetujuan bersama.
- Sebaik-baiknya ada pakar dalam matapelajaran tertentu (Gabungan Pakar)
PRASYARAT DAN ETIKA KUMPULAN :
- Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
- One For All, All For One.
- Saling bekerjasama dan hormat-menghormati
- Menepati masa untuk perjumpaan.
- Tidak menimbulkan isu-isu sensitive
- Tidak KEDEKUT ilmu. Mementingkan kepentingan dan keuntungan bersama.
BAHAN PERBINCANGAN KUMPULAN :
- Soalan-soalan latihan untuk kerja rumah.
- Soalan-soalan bimbingan yang diperolehi melalui buku koleksi soalan, buku latihan, akhbar, majalah atau internet.
- Soalan-soalan yang diberikan oleh guru.
- Soalan-soalan lain yang dikaji oleh pelajar atau kumpulan lain.
- Soalan Ramalan (untuk latihan sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan