Selamat datang ke Blog UBK Seiring .Warga sekolah kini boleh berinteraksi melalui blog dan facebook.Klien akan dilayan secara online.Perkhidmatan ini membuka ruang yang seluasnya untuk warga sekolah berinteraksi dengan kami tanpa mengira di mana jua mereka berada pada bila-bila masa.Adalah diharapkan perkhidmatan yang direkayasa ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada warga SMK Seri Nering keseluruhannya.
Tahukah anda bagaimana mencipta ubat daripada senyum & ketawa?
Senyum merupakan satu sedekah, sekurang-kurangnya anda bersedekah untuk diri sendiri.Senyum merupakan satu aktiviti hidup.Senyum satu perlambangan pada banyak keadaan yang dilalui.
Senyum & ketawa merupakan satu bentuk jogging dalaman.Sekali anda senyum & ketawa, seluruh badan anda turut senyum & ketawa .Anda akan mendapat semangat baru, keceriaan & kegembiraan.
Senyuman meskipun pura-pura ia merangsang seluruh tubuh & mampu memberi manfaat kepada system saraf otak & hormone.
Senyum menggunakan 17 otot muka berbanding 43 apabila mengerutkan muka.Maka kerana itulah orang yang suka senyum kelihatan lebih muda berbanding usianya.Lebih daripada itu,
senyum menghasilkan endorphin dalam otak yang boleh mengurangkan rasa kesakitan fizikal.
Tidakkah anda tahu, ketawa 100 kali dalam masa 24 jam boleh mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit?
Senyuman mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan oksigen dalam darah & ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Senyuman yang diakhiri engan ketawa akan mengaktifkan kimia badan & secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,tekanan darah tinggi, strok, arthritis & ulser.
Ketawa mengurut organ dalaman abdomen & menguatkan otot abdomen , merangsang kedua-dua belah otak.
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas, pasti menarik.
Senyum tetap baik untuk sesiapa saja termasuk diri yang memberikan senyuman itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan