TAJUK : ASAS KAUNSELING
Pengenalan
Modul Asas Kaunseling mengandungi 4 unit yang dirangka untuk mencapai 4 objektif umum.Setiap unit disertakan dengan beberapa aktiviti yang mempunyai objektif- objektif khusus. Aktiviti-aktiviti dalam setiap unit mesti dijalankan kesemuanya untuk memastikan pencapaian objektif,ada yang membentuk “main peranan “ (role play) yang memerlukan peserta mengambil bahagian aktif. Bilangan peserta 10 hingga 12 orang.
Asas kaunseling ini dirangka untuk memberi latihan supaya PRS dapat memperolehi kemahiran asas kaunseling khususnya dari aspek mendengar dengan teliti,memberi perhatian dan respon serta memahami perasaan rakannya.
PRS perlu juga mengetahui kemahiran melayan secara lisan dan tanpa lisan dalam memberi khidmat menolong kepada rakan-rakan.
Rasional
PRS perlu didedahkan kepada teknik kaunseling yang asas kerana mereka dikehendaki menggunakan pendekatan kaunseling dalam proses membantu rakan. Mereka mesti tahu ciri-ciri asas kaunseling dan mempelajari serta mengamalkan seberapa yang boleh mengenai kemahiran dalam kaunseling. Tujuannya untuk membolehkan mereka berfungsi sebagai pembimbing rakan yang berkesan.
Objektif
Objektif yang hendak dicapai ialah untuk :
- Memahami konsep dan ciri-ciri kaunseling.
- Memberi tindak balas menolng kepada rakan-rakan berdasarkan prinsip-prinsip asas kaunseling.
- Mendedahkan teknik-teknik melayan rakan sebaya dalam situasi yang tertentu.
- Menyediakan pengalaman yang sebenar dalam menjalankan sesi kaunseling.
- Memahami dan menghayati etika PRS.
UNIT 3
AKTIVITI 1
PENGENALAN
TAJUK : Pengenalan Kaunseling
MASA : 40 minit
ALAT : Kertas majung, pena penanda, kertas nota cirri-ciri kaunseling
OBJEKTIF : 1. Untuk meninjau tahap kefahaman peserta terhadap kaunseling.
2. Memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam
Kaunseling untuk dibandingan dalam situasi biasa.
LANGkAH :
- Peserta duduk dalam satu bulatan.
- Peserta digalakan menerangkan apakah yang mereka faham mengenai “kaunseling”.
- Fasilitator mencatatkan pendapat peserta di atas majung /papan hijau.
- Peserta diberikan nota ringkas yang berkaitan dengan ciri-ciri ”kaunseling” (sila lihat Edaran 3.1)
- Peserta diminta membaca dan menjelaskan kembali apa yang difahami dalam nota tersebut serta membandingkannya dengan pendapat mereka yang tercatat di kertas majung/papan hijau
- Fasilitatur menggalakkan perbincangan mengenai:
~ perbezaan di antara pendapat peserta dengan nota lampiran dan mengapa
Berlaku perbezaan.
~ konsep ”kaunseling ” yang mempunyai unsur-unsur/ciri-ciri yang tersendiri.
~ penekanan ”kaunseling” yang lebih membenarkan kepada perasaan dan
Menitikberatkan perhubungan kemanusiaan.
Ciri-ciri yang perlu ada dalam ” Kaunseling”
- Ada keinginan dan kehendak ke arah perubahan positif.
- Perlu ada perhubungan menolong ,kepercayaan dan keikhlasan.
- Mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan bekerjasama antara kaunselor dengan klien.
- Klien memainkan peranan dalam membuat keputusan dan patuh kepada keputusan yang dipersetujui bersama.
- Klien berusaha melakukan apa yang telah diputuskan dan bertanggungjawabkan terhadap keputusan yang dibuat.
AKTIVITI 2
KEMAHIRAN MENDENGAR
TAJUK : Rakaman
MASA : 30 minit
ALAT : Pemain kaset
Kaset yang mengandungi cerita
Kertas
Pen/pensil
OBJEKTIF : Supaya peserta-peserta dapat mendengar isi cerita dan
Mengulang semula dengan tepat.
LANGKAH :
- fasilitator meminta peserta memilih pasangan masing-masing.
- Peserta diminta mendengar rakaman cerita dari pemain kaset (edaran 3.2)
- Peserta diminta menceritakan semula apa yang didengar kepada pasangan masing-masing.Mereka akan membetulkan satu sama lain sekiranya didapatinya isi cerita yang disampaikannya tidak tepat.
- Fasilitator meminta peserta berbincang tentang isi cerita yang didengar kepada kumpulan besar.
- Peserta –peserta digalakkan memberi pendapat mengapa isi cerita mereka tidak tepat, contoh: bising, kurang beri perhatian, tidak faham dan lain-lain.
- Fasilitator menyimpulkan tentang perlakuan yang harus ada bila mendengar untuk mendapatkan isi cerita yang tepat seperti mendengar dengan aktif, memberi perhatian penuh, mendengar perkataan yang digunakan dll.
- Fasilitator menghubungkan sifat-sifat mendengar ini dengan peranan PRS apabila berinteraksi dengan rakan –rakan terutamanya yang bermasalah.
Cari helah , cari kawan
Saya terus berbaik-baik dengan Cikgu Jam supaya mudah berbincang jika ada yang saya tidak faham. Ada seorang lagi pelajar yang handal Matematik, tetapi berada di dalam kelas 6 Ros, namanya Abu Zarim. Abu memang nampak hebat dalam mata pelajaran ini. Pada belakang baju-t putih riadahnya penuh dengan formula Matematik yang pelik-pelik belaka. Abu sentiasa menjadi tempat rujukan kawan –kawan sekelasnya.
Saya mula memikirkan cara hendak berkawan dengannya. Puas saya memikirkan cara bagaimana mahu menghampirinya. Akhirnya, saya memilih hendak sama-sama bermain bola keranjang. Ini kerana, Abu dan rakan-rakannya memang memonopoli permainan itu sejak daripada tahun lepas lagi. Dia yang selalu menjadi tunggak harapan dalam pasukannya.
Abu dihormati oleh rakan –rakannya bukan sahaja kerana dia pandai Matematik , dia juga dikagumi di padang kerana handal bermain bola keranjang .Kerana hendak berkawan dengan Abu, saya selalu ke gelanggang pada jam 5.00 petang. Pada mulanya ,saya hanya menyaksikan mereka bermain. Saya hanya akan turut serta apabila mereka tidak cukup pemain. Apabila dapat peluang bermain saya akan cuba bermain dengan bersungguh-sungguh supaya dapat terus menjadi ahli kumpulan itu.Akhirnya, saya berjaya berbaik-baik dengan Abu Zarim dan rakan-rakannya.Sejak itu, saya mendapat seorang lagi kawan untuk mengadu hal terutama apabila berhadapan dengan masalah yang melibatkan mata pelajaran Matematik.
TAJUK : Berpasangan (dyad)
MASA : 20 minit
ALAT : Tiada
OBJEKTIF : 1. Untuk membolehkan peserta mendapat isi-isi penting dalam
Perbualan dengan rakan.
LANGKAH :
- Peserta memilih seseorang rakan dan memilih tempat yang sesuai.
- Seseorang peserta diminta menceritakan pengalaman yang menyedihkan atau yang menggembirakan / menarik kepada pasangannya (kira-kira 5 minit).
- Fasilitator meminta pasangan peserta tersebut menceritakan kembali apa yang telah didengarnya.
- Fasilitator memita ”si pencerita ” memastikannya tentang kebenaran cerita yang diceritakan oleh ”si pendengar”.
- Aktiviti ini diteruskan kepada pasangan lain sehingga selesai.
- Fasilitator menerangkan bahawa mendengar dengan penuh perhatian amat penting dalam membina perhubungan yang selesa seperti perhubungan yang akan dibina oleh PRS dengan rakan mereka. (Rujuk modul ASASKOMUNIKASI –bagaimana mendengar secara lisan dan bukan lisan).
- Fasilitator mengingatkan kembali peserta –peserta tentang perlakuan-perlakuan yang menunjukkan sama ada seorang PRS bijak mendengar atau tidak.
AKTIVITI 3
KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN
TAJUK : Suara Tanpa Gema
MASA : 45 minit
ALAT : Tiada
OBJEKTIF : Supaya peserta menyedari proses melayan rakan
Adalah penting dalam kaunseling.
LANGKAH :
1.Peserta dikendaki memilih pasangan masing –masing . Peserta A menjadi Pencerita dan peserta B menjadi Pendengar.
2.fasilitator memanggil semua peserta B ke tempat lain dan memberi arahan supaya apabila A bercerita tentang perasaannya, B mesti melakukan sesuatu yang tidak memberi perhatian seperti memandang ke bawah , membelek kuku, membaca, memandang ke tempat lain dll. Arahan ini tidak boleh didengar oleh B.
3.Tiap-tiap pasangan memilih suatu sudut/tempat yang sesuai di sekitar kawasan yang ditentukan.
4.Peserta A dikendaki meluahkan perasaantakut/gembira, sedih/kecewa atau lain-lain kepada pasangannya (B).
5.Peserta B melakukan seperti yang diarahkan oleh Fasilitator.
- Selepas itu peserta-peserta dikumpulkan semula di dalam kumpulan besar.
- Fasilitator meminta peserta –peserta yang bercerita menyatakan
Perasaan mereka apabila tidak dilayan semasa bercakap.
- fasilitator meminta setiap peserta yang tidak melayan mengemukakan pandangan
dan perasaan masing-masing.
- Fasilitator menegaskan bahawa memberi perhatian melalui gerak –geri seperti cara duduk, tentangan mata dll sangat penting dalam proses kaunseling.
10. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS apabila mereka mendengar masalah yang dikemukakan oleh rakan mereka. Gerak –geri mereka boleh memberi mesej sama ada mereka memberi perhatian atau tidak.
AKTIVITI 4
KEMAHIRAN MEMBERI RESPON DAN MAKLUM BALAS
TAJUK : Kemahiran Mendengar ,Memberi Respon dan Merumus Dengan
Berkesan dan Tepat.
MASA : 120 minit
ALAT : 12 set skrip seperti dalam lampiran C dan D
OBJEKTIF : 1. Melatih peserta –peserta dalam kemahiran memberi respon berkesan
Dan membuat refleksi yang tepat dan berkesan.
2. Melatih peserta-peserta menguasai kemahiran melayan.
LANGKAH :
1.Bentukkan 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta.
2. Tiga orang peserta dijemput ke hadapan untuk menjalankan aktiviti bermain peranan. Seseorang menjadi klien .seorang lagi menjadi kaunselor dan menjadi pemerhati yang bertindak sebagai perumus . peserta-peserta akan berpandu kepada skrip yang disediakan. Peranan ini akan dimainkan oleh tiap-tiap peserta secara bergilir-gilir seperti Edaran 3.3.
Pusingan | Peserta 1 | Peserta 2 | Peserta 3 |
1 2 3 | Pemerhati Klien Kaunselor | Klien Kaunselor Pemerhati | Kaunselor Pemerhati Klien |
3.Peranan klien ialah menyampaikan masalah seperti dalam skrip yang disediakan. Peranan kaunselor pula ialah mendengar secara aktif dan memberi respon yang sesuai seperti dalam skrip yang disediakan . Peranan pemerhati adalah untuk membuat rumusan isi/perasaan klien secara spontan (tanpa skrip)
4.Bagi memastikan latihan ini berkesan, setiappemerhati dikendaki memberi refleksi yang setepat mungkin. Refleksi yang dianggap tepat dan berkesan akan ditentukan sendiri oleh klien dan kaunselor secara persetujuan bersama.Sekiranya refleksi ini kurang memuaskan adakan latih tubi yang serupa untuk mempertingkatkan kemahiran refleksi. Fasilitator harus ada bersama dalam kumpulan ini untuk menilai kemahiran refleksi.
5.Fasilitator memberi beberapa contoh refleksi yang tepat hasil dari aktiviti bermainan peranan ini.
6.Fasilitator membimbing peserta dalam berbincang tentang kepentingan dan kesan memberi respon dan reflesksi yang tepat dengan gerask badan dan pemilihan perkataan yang sesuai.
7.Fasilitator mengaitkan kemahiran ini kepada peranan PRS bila melayan dan mendengar perkongsian perasaan rakan-rakan mereka.
8.Fasilitator meminta tiap-tiap kumpulan meneliti skrip Edaran 3.4 dan berbincang sama ada respon kaunselor itu berkesan dan menggunakan kemahiran refleksi. Minta peserta-peserta memberi respon yang lebih baik dan menunjukkan refleksi isi atau perasaan.
Edaran 3.3
(Contoh skrip untuk aktiviti bermain-peranan)
1.Klien : Apabila saya terlewat sampai ke rumah , ibu tiri saya
Selalu berleter yang bukan-bukan dan ini menyakitkan
Telinga mendengar.
Kaunselor: Anda berasa tersinggung dengan letaran ibu tiri anda
(Refleksi perasaan).
Pemerhati: Klien saya berkat bahawa………………………………
…………………………………………………………
(Contoh skrip aktiviti)
1.Klien : Saya tak berminat nak belajar. Kalau saya baca buku
pun saya tak faham, tak ingat apa-apa.
Kaunselor: Awak bimbang?/ada gangguan?
Pemerhati: Klien berkata bahawa …………………………………
……………………………………………………….
(Edaran 3.4)
Aktiviti : Mari Dengar Ini Cerita
Masa : 45 Minit
Alat : Kertas Edaran untk ahli mulakan perbualan
(lihat lampiran)
Bilangan Ahli : 10 org atau lebih
Objektif : 1. Ahli dapat melibatkan diri supaya berinteraksi antara satu
sama lain dengan mengetepikan prasangka, rasa malu dan rasa tidak selesa
2. Menggalakkan perhubungan mesra sesama ahli.
Langkah :
- Meminta ahli duduk di atas lantai dalam bentuk bulatan.
- satu bulatan mengandungi sekurang-kurangnya 10 orang.
- Terangkan kepada semua ahli bahawa aktiviti ini bukan untuk menguji kepintaran otak tetapi lebih kepada menumpu kepada perbualan seharian yang menonjolakan perasaan, reaksi peribadi, pengalaman hidup dan perkongsian peristiwa untuk dijadikan teladan. Ahli tidak digalakkan bercakap tentang pendapat mereka tetapi menyatakan tentang perasaan dan pengalaman mereka walaupun pahit.
- Edarkan kertas yang mengandungi tajuk perbualan kepada ahli (lihat lampiran)
- Pilih satu tema perbualan kumpulan, misalnya kehidupan saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan