-->

UBK Seiring

Selamat datang ke Blog UBK Seiring .Warga sekolah kini boleh berinteraksi melalui blog dan facebook.Klien akan dilayan secara online.Perkhidmatan ini membuka ruang yang seluasnya untuk warga sekolah berinteraksi dengan kami tanpa mengira di mana jua mereka berada pada bila-bila masa.Adalah diharapkan perkhidmatan yang direkayasa ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada warga SMK Seri Nering keseluruhannya.

Halaman

  • Laman utama
  • Maklumat Sekolah
  • Maklumat GBK
  • PRS
  • Aktiviti UBK 2011
  • Kemahiran Belajar
  • Pautan IPT
  • Maklumat Perkhidmatan B&K
  • Kerjaya
Selamat Datang Ke Blog UBK Seiring (Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Nering)

Khamis, 3 November 2011

Modul Latihan PRS Unit 4


AKTIVITI      :           1
TAJUK           :           MASALAH REMAJA
MASA            :           60 – 120  MINIT
ALAT             :           KERTAS MAHJONG , MARKER PEN DAN PELEKAT
OBJEKTIF     :          
  1. PESERTA DAPAT MEMAHAMI LEBIH DALAM MASALAH YANG DIHADAPI OLEH REMAJA
  2. MEMBUAT RANGKING MASALAH
  3. DAPAT MENGEMUKAKAN PANDANGAN SENDIRI

LANGKAH

  1. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (5/6 ahli)
  2. setiap kumpulan melantik seorang ketua dan seorang pencatat.
  3. Ketua bertindak sebagai sebagai pengerusi mengendalikan perbincangan kumpulan tentang apakah masalah yang dihadapi oleh remaja hari ini. setiap ahli harus mengemukakan pandangan berdasarkan pengalaman sendiri dan, setiap pandangan ahli diterima tanpa bantahan dan dicatat. Huraian masalah juga perlu diperincikan supaya semua ahli faham permasalahan remaja
  4. Rangking mula dilakukan. Item masalah yang paling banyak ahli mengalaminya dianggap sebagai rangking teratas dan begitulah seterusnya.

  1. Bincangkan beberapa isu utama masala remaja . Galakkan ahli membuat perkongsian pengalaman dan perasaan dari isu ini.



Aktiviti            :           2
Tajuk               :           Mari Dengar Ini Cerita
Masa                :           45  -60 Minit
Alat                 :           Kertas Edaran untk ahli mulakan perbualan
                                    (lihat lampiran)
Bilangan Ahli  :           10 org atau lebih

Objektif           :

  1. Ahli dapat melibatkan  diri supaya berinteraksi antara satu sama lain dengan mengetepikan prasangka, rasa malu dan rasa tidak selesa
  2. Menggalakkan perhubungan mesra sesama ahli.

Langkah          :

  1. Meminta ahli duduk di atas lantai dalam bentuk bulatan.
  2. satu bulatan mengandungi sekurang-kurangnya 10 orang.
  3. Terangkan kepada semua ahli bahawa aktiviti ini bukan untuk menguji kepintaran otak tetapi lebih kepada menumpu kepada perbualan seharian yang menonjolakan perasaan, reaksi peribadi, pengalaman hidup dan perkongsian peristiwa untuk dijadikan teladan. Ahli tidak digalakkan bercakap tentang pendapat mereka tetapi menyatakan tentang perasaan dan pengalaman mereka walaupun pahit.
  4. Edarkan kertas yang mengandungi tajuk perbualan kepada ahli (lihat  lampiran)
  5. Pilih satu tema perbualan kumpulan, misalnya ’ Kehidupan Saya Semasa Kecil ’ Minta ahli brcerita tentang pengalaman mereka semasa kecil yang memberi pengaruh kepada perasaan dan sikap mereka masa kini. Ahli lain boleh bertanya jika perlu.
  6. Berikan masa lima minit bagi setiap individu untuk bercerita. Fasilitator menggalakkan ahli supaya memastikan agar individu yang bercerita memberi fokus kepada perasaan dan reaksi mereka.
  7. Fasilitator tidak harus masuk campur dalam perbincangan ini tetapi hanya pastikan aktiviti ini berjalan lancar. Ahli diberikan kebebasan memilih tajuk yang disukai dalam lampiran ini.
  8. Fasilitator membuat rumusan bahawa setiap individu punya cerita tersendiri – sedih atau suka. Oleh itu ahli harus cuba menjelaskan bagaimanakah perasaannya membentuk sikap dan pandangan hidup mereka.dan kesannya pada kehidupan sendiri. Pengalaman pahit yang disimpan dalam jiwa mungkin mengakibatkan seseorang itu menjadi ’bitter’lalu ditunjukkan melalui cara berinteraksi. Menganalisis perasaan dan pengalaman secara terbuka akan membantu seseorang itu menerima serta mamahami dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih positif lagi.

Lampiran

MARI TUAN-TUAN DENGAR INI CERITA

Contoh Tajuk-Tajuk Perbualan

  1. Kehidupan saya semasa kecil
  2. Adik beradik saya yang berjaya
  3. Bolehkah saya menjadi jutawan?
  4. Peristiwa yang paling menyeronokkan dalam hidup saya
  5. Peristiwa lucu yang pernah saya alami
  6. Nilai hidup positif yang saya amalkan
  7. Kasih sayang ibu bapa kepada saya
  8. Kehidupan yang bagaimanakah menjadi idaman saya.
  9. Keluarga impian saya.
  10. Kehidupan  remaeja saya
  11. Individu yang paling mempengaruhi hidup saya
  12. Pesanan yang saya ingin tinggalkan kepada anak cucu saya
  13. Pesanan  ibubapa yang paling saya tidak lupakan.
  14. Kesukaran hidup yang berjaya saya dan keluarga atasi
  15.  Detik  yang paling sukar saya lupakan.
  16. Orang yang paling sukar saya lupakan
  17. Mereka yang saya cuba maafkan
  18.  Mereka yang menjadi penawar ketika saya bersedih
  19. Tempat yang saya suka berada ketika saya sedih.
  20. Peristiwa yang menukar kehidupan saya kini.

Aktiviti      :           3
Tajuk         :           Kusayang Diriku
Masa          :           60 minit – 120 minit
Alat           :           Borang Soalan imej kendiri (Lihat Lampiran)
Bilangan ahli :       Tiada Had

Objektif     :          

  1. Membolehkan ahli menilai, memahami dan meningkatkan imej kendiri mereka
  2. menggalakkan ahli menilai kelemaham dan kekuatan diri supaya menjadi lebih realistik

Langkah:

  1. Terangkan kepada ahli bahawa mereka mempunyai perasaan sendiri yang terpendam. Ada yang berasa dirinya tidak berharga dan ada yang merasakan dirinya serba sempurna. Mempunyai imej kendiri kendiri yang tinggi membolehkan seseorang itu membina keyakinan diri dan memandang sesuatu perkara dengan positif.
  2. Edarkan borang soalan kepada ahli dan nyatakan bahawa mereka perlu mengisinya dengan jujur tanpa melihat keterangan skor.
  3.  Setelah semua soalan diberikan respon dan dijumlahkan skor, barulah keterangan skor ini diberikan. Keterangan skor membantu ahli melihat pencapaian skor diri masing-masing.
  4. Bincangkan maksud skor itu dengan ahli kelompok. Perlu dinyatakan bahawa alat ini hanyalah sebagai petunjuk untuk membantu mereka memahami diri sendiri.
  5. Fasilitator membuat rumusan bahawa;
a.       Jika kita mempunyai imej kendiri yang rendah, kita akan selalu mengutuk diri sendiri dan kerap berasa rendah diri dan hilang keyakinan diri bila membandingkan diri dgn orang lain. Kita perlu bercakap secara lebih positif Kita perlu bercakap dengan diri sendiri supaya diri tidak mudah berputus asa. Setiap oran melakukan kesilapan- oleh itu , terima dan maafkan diri dan belajarlah dari kesilapan. ( mendalami pernyataan ini secara perbincangan dan penerokaan diri adalah amat digalakkan)
b.      Jika kita mempunyai imej kendiri yang terlalu tinggi pula, kita mungkin menjadi seorang yang angkuh dan akan timbul masalah dalam perhubungan dengan orang lain. Justeru itu, binalah imej kendiri yang seimbang!





IMEJ KENDIRI

ARAHAN: Alat ini hanyalah petunjuk kepada kunci memahami diri anda. Sila jawab soalan ini dengan jujur. JANGAN lihat penerangan penerangan kepada analisis skor anda terlebih dahulu. Sila semak skor anda di bawah dan fahami pengertiannya selepas anda memberi respon kepada senua soalan.

1.      Pernahkah anda berasa bahawa orang kurang menyukai anda sekiranya mereka mengetahui banyak maklumat tentang diri anda?
(a)    Selalu
(b)   Kadang-kadang
(c)    Tidak pernah

2.      Apabila anda dipuji biasanya anda ;
(a)    Tidak begitu selesa
(b)   Sangat suka
(c)    Rasa sangat malu

3.      Apabila anda membuat silap di rumah atau di sekolah adakah anda
(a)    mengabaikan saja kesilapan ini dan mngatakan pada diri orang lain pun buat silap juga.
(b)   Berasa tidak sedap hati tetapi akhirnya anda menerima kesilapan dan memaafkan diri anda dengan menganggap tiada siapapun yang sempurna
(c)    Berasa runsing dan asyik memikirkan kesilapan anda sahaja sehingga anda berasa sangat malu dan mengutuk hebat diri sendiri

4.      Bagaimanakah cara  anda berdepan dengan cabaran ?
(a)    ”Saya berani menghadapinya secara bersendirian sahaja”
(b)   ”saya akan tabah menghadapi cabaran dengan sokongan dan galakan orang lain”
(c)    ”Saya tidak peduli langsung cabaran itu, kecuali bila dikerah dan didesak”.


5.      ” Apabila saya melihat bayangan wajah saya dicermin,
(a)    saya sering  rasa malu sendiri untuk melihat kembali wajah dicermin”
(b)   Saya sering rasa amat gembira dengan penampilan wajah saya selama ini”
(c)    Saya rasa selesa dengan penampilan diri pada imej diri di cermin”

6.      Apabila saya menangguh-nangguhkan  masa  belajar  atau membuat kerja-kerja di rumah untuk bersantai,
(a)    Saya sering rasa bersalah sehingga tidak dapat rasa keseronokan ketika saya bersantai kerana memikirkan kerja yang bertangguh”.
(b)   Rasa sedikit bersalah, tetapi saya mennyatakan pada diri, ’aku ingin rasa seronoknya bersantai sebentar”.
(c)    Seronok sentiasa, dan tak pula rasa bersalah”

7  . ” Apa bila saya membandingkan diri saya dengan teman-teman rapat saya, saya sering merasakan mereka
(a)     Lebih hebat dari saya dan kadang-kadang jauh lebih hebat”
(b)    Selesa saja, kami serasi”
(c)    dapat saya atasi kehebatannya”

8.Apabila saya bertemu dengan seseorang yang kelihatannya  tidak menyenangi saya , saya rasa
(d)   rasa amat  risau dan resah kerana memikirkan  mungkin saya telah melakukan sesuatu yang tidak disenanginya.
(e)    syak yang orang ini berasa iri hati dengan kelebihan diri saya.
(f)    saya menerima saja keadaan ini, sebab saya sedar bukan mudah memenangi hati senua orang.

9. Saya rasa simpati dengan nasib

(a)    burun merak
(b)   burung pipit
(c)    burung helang



Skor

Arahan:  Sila Berikan poin kepada pilihan jawapan anda . Poin jawapan pilihan anda adalah seperti berikut:

No Soalan
Poin bagi setiap Pilihan Jawapan
Poin jawapan pilihan saya
(a)
(b)
(c)
1.       
0
1
2

2.       
1
2
0

3.       
2
1
0

4.       
2
1
0

5.       
0
2
1

6.       
0
1
2

7.       
0
1
2

8.       
0
2
1

9.       
2
0
1

JUMLAH SKOR

Dicatat oleh ubk seiring di 11:52 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: PRS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

BARISAN GURU SMKSN

Guru Lelaki --> 38
Guru Perempuan --> 82
Jumlah Keseluruhan --> 120

ENROLMEN PELAJAR SMK SERI NERING

Pelajar Lelaki --> 783
Pelajar Perempuan --> 846
Jumlah Keseluruhan --> 1629


Halwa telinga..sila klik

Carian

Penyumbang

  • Nana
  • ubk seiring

Waktu solat

Solat-solat sunat

  • http://www.tayibah.com/eislam/solatsunat.htm

Alunan Zikir


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Doa-doa harian

  • http://doaharian.blogspot.com

MASA ITU EMAS

Arkib Blog

  • ▼  2011 (108)
    • ▼  November (83)
      • Laporan Aktiviti Unit Bimbingan & Kaunseling 2011
      • Program Pasca PMR 2011:Pertandingan Badminton Bere...
      • Program Pasca PMR 2011:Peraduan Melukis Poster sem...
      • Program Pasca PMR 2011:Peraduan Teka Silangkata se...
      • Kursus Merekayasa Pembimbing Rakan Sebaya Pkt Nege...
      • Minggu Tautan Kasih Pelajar Tkn 6 Bawah
      • Program Motivasi Peperiksaan PMR/SPM 2011
      • Program Bual Bicara:Meniti Jejak Kecemerlangan Ber...
      • Program Gerakan Keremajaan Murid Perempuan Tkn 1 - 6A
      • Majlis Temu Murni PMR/SPM/STPM 2010
      • Taklimat Kemasukan ke IPTA pelajar lepasan STPM 2010
      • Program Bual Bicara:Meniti Jejak Kecemerlangan Ber...
      • Laporan Pencapaian Persatuan Pembimbing Rakan Seba...
      • Laporan Pencapaian Persatuan Pembimbing Rakan Seba...
      • Laporan Aktiviti Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya...
      • Pertandingan Roket & Paracute Antara kelab/Persatu...
      • Bengkel Kecemerlangan Pelajar Halus STPM Siri 1
      • Program Gerbang Kerjaya Hospitaliti & Kembara Ke D...
      • Hari Kerjaya Dalam Bidang Sains Kesihatan
      • Bengkel Kecemerlangan Pelajar Halus STPM Siri 2
      • Seharum Seroja 6 Atas
      • Seharum seroja 3
      • Seharum Seroja 5
      • Senarai Ahli PRS Tahun 2011
      • AJK PRS Tahun 2011
      • Teknik Mencari kerjaya yang sesuai berdasarkan kae...
      • Minggu Tautan Kasih Pelajar Tkn 4,2011
      • Terapi Warna
      • 22 Makanan yang baik untuk minda
      • Petua kuatkan daya ingatan
      • Kekuatan Sedekah
      • Bina peribadi ketika makan
      • Hanya Ingin Mengingatkan
      • Tips untuk merubah perlakuan negatif demi kesejaht...
      • Senyum Satu Sedekah
      • Minggu Tautan Kasih Pelajar Tkn 1,2011
      • Lokasi SMKSN
      • Program Matrikulasi Sesi 2011/2012
      • Kelebihan Tingkatan 6
      • Solatlah Kamu Sebelum Kamu disolatkan
      • Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri
      • Barisan Pentadbir SMKSN
      • Anda sedang bercouple?
      • Anda Ingin Bercinta?
      • Cara Mengurus Kemarahan
      • Cara Menangani Marah
      • Pengenalan PRS
      • Modul Latihan PRS Unit 4
      • Modul Latihan PRS Unit 3
      • Modul Latihan PRS Unit 2
      • Modul Latihan PRS Unit 2
      • Modul Latihan PRS Unit 1
      • Kerjaya Dalam Bidang Sains Teknologi
      • Pekerjaan Mengikut Kelayakan Akademik
      • Persediaan Terakhir Menjelang Peperiksaan
      • SENARAI KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIKAN MAT...
      • SENARAI KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIKAN MAT...
      • SENARAI KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIKAN MAT...
      • SENARAI KURSUS-KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIK...
      • Teknik Pengurusan Masa
      • Teknik Mengambil Nota
      • Teknik Ulangkaji Yang Berkean
      • Belajar Berkumpulan
      • Teknik Mengulangkaji
      • Teknik Menguatkan Ingatan
      • Senarai Pelajar STPM 2010 yang berjaya melanjutkan...
      • Senarai Pelajar SPM 2010 yang berjaya melanjutkan...
      • Lagu PRS
      • Kemana Selepas SPM
      • Pelajar Cemerlang STPM Tahun 2010
      • Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2010
      • Kenali GBK(Bendahari)
      • Kenali GBK (Pen SU)
      • Kenali GBK (SU)
      • Kenali Ketua Kaunselor SMKSN
      • keluasan kawasan sekolah
      • sejarah perkembangan sekolah hingga sekarang
      • sejarah sekolah SMKSN.
      • lagu sekolah
      • moto sekolah
      • piagam sekolah
      • misi sekolah
      • Visi sekolah
    • ►  Oktober (23)
    • ►  Januari (2)

Online users

Online Users

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut


ShoutMix chat widget
get this [close]

Kaunselor kanan SMK Seri Nering

Kaunselor kanan SMK Seri Nering
Tn Hj Mohamad Fauzi Alias

Barisan GBK SMKSN

Barisan GBK SMKSN
Pn Norhayati Mohamed Daud,Pn Hasmaliza Harun,Pn Norzuriana Madri,Tn Hj Mohamad Fauzi Alias

Carian mengikut label

  • Aktiviti PRS (6)
  • Aktiviti UBK (28)
  • Kemahiran belajar (11)
  • Maklumat GBK (5)
  • Maklumat Perkhidmatan (6)
  • Maklumat Sekolah (14)
  • Motivasi (5)
  • PRS (9)
  • Psikososial (4)
  • Tazkirah (6)
  • kerjaya (10)
Backgrounds & Purple Backgrounds
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.