-->

UBK Seiring

Selamat datang ke Blog UBK Seiring .Warga sekolah kini boleh berinteraksi melalui blog dan facebook.Klien akan dilayan secara online.Perkhidmatan ini membuka ruang yang seluasnya untuk warga sekolah berinteraksi dengan kami tanpa mengira di mana jua mereka berada pada bila-bila masa.Adalah diharapkan perkhidmatan yang direkayasa ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada warga SMK Seri Nering keseluruhannya.

Halaman

  • Laman utama
  • Maklumat Sekolah
  • Maklumat GBK
  • PRS
  • Aktiviti UBK 2011
  • Kemahiran Belajar
  • Pautan IPT
  • Maklumat Perkhidmatan B&K
  • Kerjaya
Selamat Datang Ke Blog UBK Seiring (Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Nering)

Khamis, 3 November 2011

Persediaan Terakhir Menjelang Peperiksaan


PERSEDIAAN TERAKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN

“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”
“Nak seribu daya tak nak seribu dalih”
 (Pepatah Melayu)

Selagi ada ruang dan peluang kita sebagai seorang pelajar mesti mengambil dan menggunakan kesempatan ini. Kita jangan sekali-kali berserah kepada takdir semata-mata tanpa didahului dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Justeru itu pada saat-saat akhir cubalah mempraktikan perkara-perkara berikut:

Hindari Kerisauan.
Kerisauan yang melampau boleh memberi tekanan terhadap mental dan emosi. Kesihatan diri juga boleh terganggu. Oleh itu pelajar perlu bertenang dalam menghadapi sesuatu peperiksaan. Pun begitu kerisauan yang sedikit boleh menjadi suatu tenaga yang positif kerana membantu pelajar supaya tidak terlalu leka sebelum mengambil peperiksaan.

Solat Hajat Dan Berdoa.
“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah:153)
Oleh itu lakukan solat hajat dan berdoa banyak-banyak terutamanya malam menjelang peperiksaan. Sesungguh orang yang tidak berdoa dan memohon kepada Allah adalah orang yang sombong kepada-Nya.

Tidur Secukupnya.
Tidurlah sekitar pukul 11.00 malam dan bangun pula ada pukul 5.00 pagi. Tidur yang tidak mencukupi akan mengganggu penumpuan pelajar ketika hendak menjawab soalan peperiksaan.

Solat Subuh Dan Berdoa.
Pastikan pelajar solat subuh dan berdoa agar pelajar diberikan ketenangan dan berjaya dalam peperiksaan.

Pastikan Urusan Bilik Air Selesai.
Jika urusan ini tidak selesai dikhuatiri akan mengganggu kelancaran perjalanan peperiksaan pelajar.

Lupakan Sebarang Masalah.
Tenangkan fikiran dan cuba lupakan semua masalah yang tidak berkaitan. Elakkan diri daripada menghampiri atau memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah.

Ambil Sarapan Pagi.
Sebiji telur dan dua keping roti sangat sesuai dimakan sebagai sarapan pagi sebelum menghadai peperiksaan. Ini kerana ia mampu meningkatkan daya ingatan pelajar.

Penampilan Diri Yang Kemas.
Aspek ini penting kerana jika berpakaian yang tidak sesuai akan timbul masalah seperti pelanggaran peraturan dalam peperiksaan dan pelajar mungkin dihalang daripada menduduki peperiksaan tersebut.

Datang Awal Ke Dewan Peperiksaan.
Pastikan kenderaan yang pelajar gunakan untuk ke dewan peperiksaan adalah sempurna dan selamat digunakan.

Semak Semua Peralatan Dan Dokumen Penting.
Pastikan semua peralatan dan dokumen penting iaitu alat tulis, kad pengenalan diri, slip peperiksaan dan lain-lain yang berkaitan telah tersedia di tempat yang terbuka; umpamanya di atas meja tulis.

Jangan Membawa Barang Terlarang.
Nota, buku, bahan bercetak dan sebagainya jangan sekali-kali dibawa masuk ke dewan peperiksaan walau apa tujuan sekalipun. Jika pelajar tertangkap, keputusan peperiksaan pelajar akan ditahan.

Masuk Dengan Tenang.
Ketika memasuki dewan peperiksaan, mulakan dengan kaki kanan dan bacaan “bismillah.” Duduklah di tempat yang telah disediakan untuk pelajar. Bacalah doa kepada Allah.

Dengar Dan Ikut Arahan Pengawas Peperiksaan.
Akur terhadap semua arahan yang dikeluarkan.

Isikan Maklumat Yang Berkaitan.
Di meja calon beberapa maklumat perlu diisi setelah diarah oleh pengawas peperiksaan. Oleh itu tulislah dengan jelas dan terang.

Yakinkan Diri.

Sematkan bahawa pelajar akan berjaya. Kenangkan kembali segala kejayaan pelajar sebelum ini dan tidak ada sebab pelajar tidak berjaya pada kali ini.

INGATLAH!!!!
PEPERIKSAAN BUKAN SUATU ANCAMAN
tetapi
PEPERIKSAAN ADALAH KAYU PENGUKUR KEPADA PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN DIRI ANDA

Dicatat oleh ubk seiring di 11:37 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Kemahiran belajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

BARISAN GURU SMKSN

Guru Lelaki --> 38
Guru Perempuan --> 82
Jumlah Keseluruhan --> 120

ENROLMEN PELAJAR SMK SERI NERING

Pelajar Lelaki --> 783
Pelajar Perempuan --> 846
Jumlah Keseluruhan --> 1629


Halwa telinga..sila klik

Carian

Penyumbang

  • Nana
  • ubk seiring

Waktu solat

Solat-solat sunat

  • http://www.tayibah.com/eislam/solatsunat.htm

Alunan Zikir


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Doa-doa harian

  • http://doaharian.blogspot.com

MASA ITU EMAS

Arkib Blog

  • ▼  2011 (108)
    • ▼  November (83)
      • Laporan Aktiviti Unit Bimbingan & Kaunseling 2011
      • Program Pasca PMR 2011:Pertandingan Badminton Bere...
      • Program Pasca PMR 2011:Peraduan Melukis Poster sem...
      • Program Pasca PMR 2011:Peraduan Teka Silangkata se...
      • Kursus Merekayasa Pembimbing Rakan Sebaya Pkt Nege...
      • Minggu Tautan Kasih Pelajar Tkn 6 Bawah
      • Program Motivasi Peperiksaan PMR/SPM 2011
      • Program Bual Bicara:Meniti Jejak Kecemerlangan Ber...
      • Program Gerakan Keremajaan Murid Perempuan Tkn 1 - 6A
      • Majlis Temu Murni PMR/SPM/STPM 2010
      • Taklimat Kemasukan ke IPTA pelajar lepasan STPM 2010
      • Program Bual Bicara:Meniti Jejak Kecemerlangan Ber...
      • Laporan Pencapaian Persatuan Pembimbing Rakan Seba...
      • Laporan Pencapaian Persatuan Pembimbing Rakan Seba...
      • Laporan Aktiviti Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya...
      • Pertandingan Roket & Paracute Antara kelab/Persatu...
      • Bengkel Kecemerlangan Pelajar Halus STPM Siri 1
      • Program Gerbang Kerjaya Hospitaliti & Kembara Ke D...
      • Hari Kerjaya Dalam Bidang Sains Kesihatan
      • Bengkel Kecemerlangan Pelajar Halus STPM Siri 2
      • Seharum Seroja 6 Atas
      • Seharum seroja 3
      • Seharum Seroja 5
      • Senarai Ahli PRS Tahun 2011
      • AJK PRS Tahun 2011
      • Teknik Mencari kerjaya yang sesuai berdasarkan kae...
      • Minggu Tautan Kasih Pelajar Tkn 4,2011
      • Terapi Warna
      • 22 Makanan yang baik untuk minda
      • Petua kuatkan daya ingatan
      • Kekuatan Sedekah
      • Bina peribadi ketika makan
      • Hanya Ingin Mengingatkan
      • Tips untuk merubah perlakuan negatif demi kesejaht...
      • Senyum Satu Sedekah
      • Minggu Tautan Kasih Pelajar Tkn 1,2011
      • Lokasi SMKSN
      • Program Matrikulasi Sesi 2011/2012
      • Kelebihan Tingkatan 6
      • Solatlah Kamu Sebelum Kamu disolatkan
      • Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri
      • Barisan Pentadbir SMKSN
      • Anda sedang bercouple?
      • Anda Ingin Bercinta?
      • Cara Mengurus Kemarahan
      • Cara Menangani Marah
      • Pengenalan PRS
      • Modul Latihan PRS Unit 4
      • Modul Latihan PRS Unit 3
      • Modul Latihan PRS Unit 2
      • Modul Latihan PRS Unit 2
      • Modul Latihan PRS Unit 1
      • Kerjaya Dalam Bidang Sains Teknologi
      • Pekerjaan Mengikut Kelayakan Akademik
      • Persediaan Terakhir Menjelang Peperiksaan
      • SENARAI KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIKAN MAT...
      • SENARAI KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIKAN MAT...
      • SENARAI KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIKAN MAT...
      • SENARAI KURSUS-KURSUS YANG BERKAITAN/MENGAPLIKASIK...
      • Teknik Pengurusan Masa
      • Teknik Mengambil Nota
      • Teknik Ulangkaji Yang Berkean
      • Belajar Berkumpulan
      • Teknik Mengulangkaji
      • Teknik Menguatkan Ingatan
      • Senarai Pelajar STPM 2010 yang berjaya melanjutkan...
      • Senarai Pelajar SPM 2010 yang berjaya melanjutkan...
      • Lagu PRS
      • Kemana Selepas SPM
      • Pelajar Cemerlang STPM Tahun 2010
      • Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2010
      • Kenali GBK(Bendahari)
      • Kenali GBK (Pen SU)
      • Kenali GBK (SU)
      • Kenali Ketua Kaunselor SMKSN
      • keluasan kawasan sekolah
      • sejarah perkembangan sekolah hingga sekarang
      • sejarah sekolah SMKSN.
      • lagu sekolah
      • moto sekolah
      • piagam sekolah
      • misi sekolah
      • Visi sekolah
    • ►  Oktober (23)
    • ►  Januari (2)

Online users

Online Users

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut


ShoutMix chat widget
get this [close]

Kaunselor kanan SMK Seri Nering

Kaunselor kanan SMK Seri Nering
Tn Hj Mohamad Fauzi Alias

Barisan GBK SMKSN

Barisan GBK SMKSN
Pn Norhayati Mohamed Daud,Pn Hasmaliza Harun,Pn Norzuriana Madri,Tn Hj Mohamad Fauzi Alias

Carian mengikut label

  • Aktiviti PRS (6)
  • Aktiviti UBK (28)
  • Kemahiran belajar (11)
  • Maklumat GBK (5)
  • Maklumat Perkhidmatan (6)
  • Maklumat Sekolah (14)
  • Motivasi (5)
  • PRS (9)
  • Psikososial (4)
  • Tazkirah (6)
  • kerjaya (10)
Backgrounds & Purple Backgrounds
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.