· Untuk menguatkan daya ingatan , dengan rahmat Allah SWT kita dikurniakan dengan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan ialah :
1) Halia 8) Buah epal
2) Buah anggur hitam 9) Ikan tuna
3) Jus lobak merah & madu 10) Air zamzam
4) Buah badam 11) Kismis
5) Air soya 12) Buah kurma
6) Madu lebah 13) Tempe
7) Susu
· Amalan berpuasa juga baik kerana puasa boleh menajamkan minda.Di samping itu, latih diri berzikir seperti berikut:
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100 kali selepas solat fardu
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300 kali setiap hari
· Oksigen juga penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas.Satu teknik pengawalan pernafasan yang amat baik diamalkan ialah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan.Kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan.Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
· Cara-cara yang dinyatakan hanyalah sebahagian kecil cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan dan otak.Paling penting ialah kita perlu ingat kepada Allah SWT selalu.Daya ingatan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa pada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan